2025-02-06 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Februari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Bagi minggu yang baru berakhir ini,bank pusat memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM22.70 bilion pada Jumaat daripada RM29.29 bilion pada minggu sebelumnya.
Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai menokok kepada RM18.10 bilion daripada RM16.79 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 28 Jan. - BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur