2025-02-06 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan menaik minggu depan,bergerak dalam julat US$2,775 hingga US$2,825 dan dipacu oleh permintaan fizikal yang kukuh di Asia serta minat spekulatif daripada pasaran Barat.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dalam pasaran emas yang biasanya mengukuh semasa tempoh ketidaktentuan dan kebimbangan,kini disokong oleh ekonomi yang dinamik di Asia.
"Walaupun harga belum melepasi paras US$2,800,ini boleh menjadi formaliti semata-mata jika retorik tarif bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diterjemahkan kepada tindakan konkrit," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Januari 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,791.50 setiap auns troy,meningkat daripada US$2,777.0 setiap auns troy dan kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,754.10 setiap auns troy daripada US$2,785.90 setiap auns troy,minggu sebelumnya.
Kontrak Mac,April dan Jun 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$2,762.60 setiap auns troy daripada US$2,794.80 setiap auns troy auns minggu lepas.
Jumlah dagangan turun kepada tiada lot daripada 60 lot minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 25 kontrak daripada 85 kontrak.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Jan,2025,harga emas fizikal berada pada US$2,787.25 setiap auns troy.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur