2025-02-06 HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,3 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM20.95 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.13 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.6 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 28 hari.
Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.13 bilion.- BERNAMA
CGS sasar perkukuh ekosistem pelaburan serantau
Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS sekat pelaksanaan tarif
Ringgit mengukuh berbanding dolar
Program perintis penggunaan biodiesel B20 di KLIA
Inisiatif hijau ASEAN: Berpotensi jana pendapatan tambahan AS$300 bilion menjelang 2030
RON95: Penstrukturan semula subsidi tidak jejas harga dalam masa terdekat
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur