2025-02-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 Februari- Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin,disokong oleh harga penanda aras minyak mentah yang stabil dan kelemahan ringgit berbanding dolar US,kata seorang peniaga.
Beliau berkata keyakinan terhadap langkah-langkah rangsangan dijangka dilaksanakan oleh China meningkatkan pasaran sementara hujan berterusan di kawasan pengeluar getah asli utama memberikan sokongan tambahan kepada harga.
“Pengawal selia pasaran kewangan tertinggi China berkata pada Sabtu lepas bahawa menstabilkan pasaran,keyakinan dan jangkaan adalah keutamaan kerana kerajaan berusaha untuk menyediakan akses lebih baik kepada modal untuk teknologi terkemuka.
“Bagaimanapun,keuntungan dihadkan oleh dagangan lengang dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan cuti panjang Tahun Baharu Cina dan pengumuman tarif perdagangan terkini Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun diniagakan dalam jajaran kecil pada Isnin apabila pelabur mengambil kira masalah bekalan dan mata wang yen yang lebih lemah disebalik kebimbangan perang perdagangan global selepas pentadbiran Donald Trump mengenakan tarif ke atas China,Mexico dan Kanada.
Pada 5 petang,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 fizikal naik 20 sen sekilogram kepada 904 sen sekilogram manakala lateks pukal melonjak 8.5 sen kepada 685.5 sen sekilogram.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur