2025-02-06 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan,bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Penganalisis ekonomi,Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif,berkata jumlah peruntukan yang besar itu membuktikan Kerajaan MADANI serius dalam membantu rakyat menangani impak kenaikan kos sara hidup.
"Merujuk kepada laporan oleh Jabatan Perkara Malaysia atau DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia),iaitu laporan Indikator Kos Sara Hidup,terdapat usaha daripada kerajaan untuk memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang disebut dalam laporan tersebut.
"Usaha itu terdiri daripada bantuan fiskal,iaitu bantuan sumbangan tunai kepada rakyat.
"Namun,usaha ini harus juga disertakan dengan inisiatif lain seperti menaikkan gaji minimum dan pengenalan gaji progresif,kerana semua ini penting untuk mengurangkan kesenjangan antara rakyat serta memastikan kualiti hidup rakyat menjadi lebih baik," katanya kepada RTM.
Program STR dan SARA 2025 memanfaatkan hampir sembilanjuta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur