2025-02-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,4 Februari- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada telah merangsang pertumbuhan global,kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penangguhan selama 30 hari pelaksanaan tarif import AS ke atas Kanada dan Mexico merupakan faktor utama yang mempengaruhi pasaran mata wang.
“Ia menunjukkan terdapat ruang untuk pihak-pihak berbincang bagi mencapai penyelesaian secara damai. Bagaimanapun,situasi masih tidak menentu memandangkan terdapatnya elemen kejutan.
“China telahpun bertindak balas dengan kenaikan tarif ke atas produk tertentu berkaitan dengan peralatan pertanian dan import tenaga dari AS. Oleh itu pasaran mata wang dijangka terus kekal tidak menentu,” katanya kepada Bernama.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ancaman tarif dijangka berterusan pada masa depan terutamanya menjelang 1 April,tarikh akhir yang ditetapkan oleh Presiden AS Donald Trump bagi kajian semula pasukan perdagangannya.
“Ini boleh membawa pendekatan yang lebih khusus sektor,dengan masa pendahuluan yang lebih lama untuk sebarang langkah-langkah baharu.
“Walaupun beberapa hari kebelakangan ini dibayangi permainan politik,namun jelas bahawa pentadbiran baharu (AS) sedang merangka pelan jangka panjang yang bertujuan untuk membina semula perdagangan global yang memihak kepada Amerika,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8581/8645 daripada 2.8838/8898,turun berbanding euro kepada 4.5905/6003 daripada 4.5747/5839 dan susut berbanding pound British kepada 5.5167/5285 daripada 5.4966/5077.
Unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2741/2813 daripada 3.2709/2777 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1241/1580 daripada 13.1345/1687.
Unit tempatan kukuh sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 271.5/272.2 daripada 271.7/272.5 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.62/7.64.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur