2025-02-06 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 Februari- Pendirian Malaysia terhadap Gaza kekal dan selari dengan negara-negara Islam lain.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump yang dilaporkan berkata akan mengambil alih Gaza.
Anwar berkata kenyataan tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.
"Kite teliti kenyataan dulu,kemudian kita akan ulas',katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan buku berjudul “A Malik Bennabi Reader” dan merasmikan penubuhan “International Institute of Futures Studies” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuala Lumpur di sini.
Buku “A Malik Bennabi Reader” itu diterjemahkan oleh Profesor Dr. Mohamed El-Tahir El-Mesawi,pensyarah dari Abdul Hamid Abu Sulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS) UIAM.
Naskhah tersebut menghimpunkan gagasan dan pemikiran Malik Bennabi,seorang pemikir Muslim abad ke-20 yang menekankan kepentingan reformasi intelektual dan spiritual bagi kebangkitan tamadun Islam.
Di ruangan kata pengantar buku tersebut,Anwar turut menyumbang penulisannya sebagai manifestasi penghargaan terhadap sumbangan intelektual Bennabi dalam mengupas dan menangani pelbagai cabaran yang melanda dunia Islam.
"Pelancaran karya dua buah jilid buku mengenai idea dan pemikiran Bennabi adalah satu perkara yang bermakna. Keyakinan moral dan intelek yang dimiliki Bennabi juga telah membentuk perspektif saya sendiri.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Tahir Mesawi kerana telah menghasilkan karya ini. Ini adalah satu perkongsian komprehensif yang merangkumi pemikiran Bennabi dalam halaman bercetak.
"Ia adalah karya yang akan menjadi rujukan asas untuk tahun-tahun akan datang," katanya.
Dalam majlis sama,Anwar turut merasmikan penubuhan sebuah institut baharu iaitu “International Institute of Futures Studies" (IIFS).
Institut itu berperanan meneroka perspektif masa depan dunia Islam melalui kajian strategik dan pelbagai disiplin ilmu.
Seterusnya,bakal menjadi pusat rujukan utama dalam bidang pemikiran Islam,falsafah dan pembangunan global.
"Kami menyokong komitmen institut ini kerana ia boleh meningkatkan kedudukan UIAM sebagai peneraju global dalam pengajian masa hadapan.
"Penubuhan IIFS ini menandakan fasa baharu. Pemikiran dan kajian masa hadapan khususnya teori zaman pascanormal diilhamkan Profesor Sardar (Ziauddin Sardar) telah pun mempengaruhi rangka kerja dasar seperti SCRIPT dan Malaysia MADANI.
"Saya berharap IIFS akan membina asas ini dengan melahirkan pemikir dan pembuat dasar yang bersedia untuk menangani cabaran masa hadapan," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur