2025-02-06 IDOPRESS
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan,Shavkat Mirziyoyev pada Majlis Pertukaran dokumen rasmi di Putrajaya/Foto PMO
PUTRAJAYA,5 Februari - Hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan terus diperkukuh dengan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang.
Ini termasuk bidang kesihatan,sains forensik,budaya,pendidikan dan pelancongan.
Majlis pertukaran dokumen rasmi itu disaksikan oleh Perdana Menteri,Shavkat Mirziyoyev,sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuhkan kerjasama strategik.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata,perkembangan itu merupakan hasil susulan lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan pada Mei tahun lalu dalam meneroka sinergi baharu dalam hubungan diplomatik dan ekonomi.
"Insya-Allah,momentum ini bakal membawa lebih banyak peluang untuk melonjakkan ekonomi,pelaburan dan perdagangan yang kelak dapat memanfaatkan rakyat kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Selepas majlis pertukaran dokumen di Putrajaya,kedua-dua pemimpin negara menghadiri jamuan tengah hari yang turut diserikan dengan persembahan tarian dan kebudayaan sebelum meneruskan agenda rasmi seterusnya.
Ini merupakan lawatan pertama Presiden Uzbekistan ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Republik Uzbekistan pada Disember 2016 .
Pada 2024,jumlah perdagangan Malaysia dengan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (USD80.9 juta) daripada RM426.1 juta (USD94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (USD78.9 juta).
Pada 2024,Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur