2025-02-06 IDOPRESS

Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,5 Februari- Peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan ke tahap perkongsian strategik akan memberi manfaat besar kepada rakyat di kedua-dua negara.
Menurut Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil,ini juga akan memperkukuh kerjasama antara ASEAN dengan Uzbekistan.
"Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan,Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia membuktikan komitmen tersebut,dan amat dihargai oleh kerajaan.
"Pada Mei tahun lalu,Timbalan Menteri Teknologi Digital Uzbekistan,Maxsudov Jamol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Komunikasi,YB Teo Nie Ching di Putrajaya.
"Perbincangan kedua-dua pihak antara lain menekankan kepentingan memperkukuh hubungan melalui teknologi 5G,keselamatan dalam talian,serta pembangunan ekosistem digital yang mampan.
"Kementerian Komunikasi bersedia untuk berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan 5G dan Pelan JENDELA (Jalinan Digital Negara)," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Tambahnya,perkongsian kepakaran itu diharap mempercepatkan transformasi digital di pelbagai sektor yang akan meningkatkan daya saing global dan kesejahteraan masyarakat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur