2025-02-06 IDOPRESS

Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,5 Februari- Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata,ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.
"Liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara juga telah mencapai 82.4 peratus dalam tempoh berkenaan,sekali gus memperkukuh infrastruktur digital negara.
"Ia turut membuka lebih banyak peluang untuk inovasi,meningkatkan produktiviti serta membawa kebaikan buat rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jelas Fahmi,ia merupakan antara perkembangan positif yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G hari ini.
Mesyuarat berkenaan turut meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua diterajui U Mobile,yang akan diumum tidak lama lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur