2025-02-06 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,1 Februari- Harga pasaran getah dijangka diniagakan stabil pada minggu depan,dengan dinamik bekalan dan permintaan saling mengimbangi disebabkan hujan berterusan di negara pengeluar getah dan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina,kata pakar industri Denis Low.
Beliau berkata berdasarkan penggunaan semasa,akan berlaku aktiviti pembelian dan penyimpanan stok secara berkala.
"Harga dijangka kekal mendatar dengan kecenderungan untuk meningkat terutamanya disebabkan cuaca luar biasa di kawasan pengeluar getah yang akan menjejaskan pengeluaran getah dalam tempoh ini," katanya kepada Bernama.
Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Thailand (TMD),Low berkata terdapat jangkaan penurunan suhu yang ketara di seluruh Thailand,terutamanya di kawasan timur laut.
Beliau berkata apabila monsun Asia Tenggara semakin meningkat ia akan membawa hujan di bahagian selatan dan suhu yang lebih sejuk beserta angin kencang di kawasan utara.
"TMD menasihatkan penduduk supaya menjaga kesihatan berikutan cuaca yang semakin sejuk.
"Pengeluaran getah akan terus terjejas akibat hujan lebat,yang berpotensi menyebabkan kekurangan bekalan," katanya.
Sementara itu,seorang peniaga menjangkakan pasaran getah diniagakan dengan trend menurun secara mingguan disebabkan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau yang bertindak balas terhadap prestasi ekonomi Amerika Syarikat dan China yang tidak seimbang.
Beliau berkata sentimen akan mendapat tekanan daripada pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah yang merosot berikutan pengumuman tarif terkini oleh AS.
"Bagaimanapun,penurunan selanjutnya dihadkan oleh jangkaan langkah rangsangan ekonomi China akan datang bagi menangani cabaran ekonomi,di samping keputusan Rizab Persekutuan AS untuk mengekalkan kadar faedah," katanya.
Minggu ini,pasaran getah KL ditutup dari 28-30 Jan,2025 sempena cuti Tahun Baru Cina dan dibuka semula pada 31 Jan,2025.
Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 7.0 sen kepada 884 sen sekilogram,manakala lateks pukal turun 4.0 sen kepada 677 sen sekilogram.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur