2025-02-07 HaiPress

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian Kerja Raya,Putrajaya
JOHOR BAHRU,7 Februari- Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM263 juta bagi tahun 2025 untuk negeri Johor.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,ketika kunjungan hormat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan delegasi semalam.
Kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan infrastruktur negeri Johor.
Menurut Onn Hafiz,beberapa isu keutamaan negeri telah dibangkitkan,termasuk projek kawasan khas banjir,pembangunan serta penyelenggaraan jalan persekutuan dan jalan susur.
Turut dibincangkan ialah penyelesaian projek jejambat Meridin East Pasir Gudang yang terbengkalai sejak 2021.
Kerajaan negeri juga mengemukakan cadangan penyelesaian bagi membuka akses dua hala ke Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) serta mengurangkan kesesakan trafik di Pasir Gudang.
Dalam pada itu Onn Hafiz berharap segala permohonan dapat dipertimbangkan kerajaan persekutuan demi memastikan Johor terus maju.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur