2025-02-07 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 Februari- Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri,setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Di Sarawak,mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi,dengan empat bahagian iaitu Bintulu,Sibu,Miri dan Mukah mencatatkan penambahan jumlah mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan mangsa banjir di lima PPS di Bintulu meningkat kepada 1,880 orang berbanding 1,612 orang,di Sibu (1,186),Miri (961) dan Mukah (614).
Manakala jumlah mangsa di dua bahagian lain yang turut terjejas dengan bencana itu tidak berubah,dengan Samarahan mencatatkan 51 mangsa dan Sarikei 13 mangsa dengan masing-masing di sebuah PPS.
Sementara itu di Sabah,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 608 orang setakat pukul 8.00 pagi ini,berbanding 479 orang malam tadi apabila sebuah PPS di Dewan Selagon Beaufort dibuka semula petang semalam.
Menurut sekretariat itu 223 orang ditempatkan di PPS Beaufort,253 orang di dua PPS daerah Kinabatangan dan 132 orang di dua PPS daerah Keningau.
“Sebanyak lima PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Keningau,Beaufort dan Kinabatangan,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur