2025-02-07 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,7 Februari- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula 19 Februari ini.
Ketua Pengarah LLM Datuk Sazali Harun dalam satu kenyataan memaklumkan larangan itu telah diwartakan kerajaan pada 21 Oktober lepas dan merupakan salah satu inisiatif bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).
"Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan ini ialah kenderaan motor Kelas 2 (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas)).
"...dan kenderaan motor Kelas 3 (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas))," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun,larangan itu dikecualikan bagi kenderaan berat terlibat dengan kerja- kerja pembersihan; pembuangan dan penghantaran sisa domestik; perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan serta kenderaan berat terlibat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.
Pada masa sama LLM menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan pergerakan kenderaan berat apabila ia mula dilaksanakan.
LLM terus komited meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna lebuh raya,demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna lebuh raya.
Lebuhraya terlibat ialah di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS),Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE),Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Larangan berkenaan bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik di kawasan Lembah Klang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur