2025-02-07 HaiPress

Foto RTM
PAROI,7 Februari-Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) terus mengorak langkah dengan mengusahakan produk jualan ayam serta perhotelan bagi menampung pendapatan persatuan di samping menjana ekonomi ahli PVATM.
Presidennya,Datuk Sharuddin Omar berkata,PVATM telah menjalinkan kerjasama dengan Digital Entrepreneur Country Club (DECC) dengan melaksanakan Projek Pembangunan Ekonomi Bersama PVATM.
Ujarnya,menerusi kerjasama itu,PVATM telah mengadakan satu perjajian dengan Maharani Infinity Technology Sendirian Berhad yang melibatkan produk jualan ayam.
"Memperkenalkan kolobrasi antara PVATM dengan Maharani Infinity Technology Sendirian Berhad di mana kita melaksanakan satu program iaitu berbentuk keterjaminan makanan melalui produk ayam.
"Selepas ini kita telah terlibat dengan satu lagi bidang iaitu perhotelan kita mengambil satu pendekatan lain untuk membangunkan ekonomi dan keperluan yang berkait dengan veteran dengan adakan hotel untuk kita berniaga",katanya demikian
pada sidang media di Pusat Jualan Ayam Veteran PVATM,di sini.
Sementara itu,menurut Pengurus Program DECC,Abd Rahman Khamis,pihaknya telah menjalinkan kerjasama dangan PVATM bagi meningktkan ekonomi serta kebajikan ahli PVATM seluruh negara.
"DECC telah berkolobrasi berkerjasama bersama PVATM dalam meningkatkan salah satu antaranya adalah ekonomi,kedua,kebajikan kesihatan,ketiga,penjenamaan semula untuk projek yang dijalankan DECC dan PVATM.
"Kita ada salah satu iaitu stor ayam veteran pada masa ini kita ada satu di Muar di Johor dan kedua di sini pusat perniagaan ayam segar Paroi",katanya.
Setakat ini,terdapat tiga Pusat Jualan Ayam Veteran PVATM iaitu di Muar,Johor,Paroi,Negeri Sembilan dan Bacang,Melaka.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur