2025-02-07 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,7 Februari- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong keputusan kerajaan mengekalkan kadar caruman KWSP sebanyak 2 peratus bagi pekerja asing,sementara kajian lanjut dijalankan.
Menerusi kenyataan MTUC,keputusan itu adalah langkah awal ke arah memastikan hak pekerja asing terus terpelihara.
"Bagaimanapun,MTUC berpendapat kadar tersebut terlalu rendah dan bukan satu penyelesaian yang menyeluruh.
Tetapi,satu permulaan yang baik ke arah kadar caruman yang lebih saksama untuk semua pekerja,sama ada tempatan atau asing," kata kenyataan itu.
Justeru,MTUC mencadangkan ia perlu diteliti dan diselaraskan untuk pekerja tempatan juga.
Ini bagi mengelakkan jurang perlindungan sosial serta memastikan kesaksamaan di tempat kerja.
Dalam pada itu,MTUC mengambil maklum kenyataan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) bahawa kadar 2 peratus adalah satu kompromi bagi menyeimbangkan kebajikan pekerja dan kelangsungan perniagaan.
"Bagaimanapun,MTUC menegaskan bahawa majikan harus mengamalkan pendekatan lebih holistik dan tidak mendiskriminasi pekerja asing serta tempatan," tambah kenyataan itu.
MTUC komited untuk terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memastikan dasar yang diperkenalkan mengutamakan kebajikan pekerja tempatan,sambil mengekalkan keadilan kepada pekerja asing yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur