2025-02-07 HaiPress

Foto RTM
IPOH,7 Februari-Kerajaan mengalu-alukan penglibatan syarikat pemaju perumahan dalam menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi kemudahan rakyat di negara ini.
Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata penglibatan syarikat pemaju dapat membantu kerajaan dalam menyediakan perumahan yang selesa kepada rakyat.
"Kerajaan sahaja untuk menjayakan program seperti ini sudah past ia tidak memadai dan tidak mencukupi.
"Tentulah rakan rakan pemain pemain swasta yang mempunyai hasrat dan visi yang sama bergandingan dengan kerajaan merekabentuk ataupun kita susun satu program yang memberikan manfaat kepada semua pihak",katanya demikian kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Skim Rumah Ibu yang berlangsung di PRT Bukit Kinding,di sini.
Pada majlis tersebut,seramai 200 pemilik tanah menerima manfaat bagi membina rumah mampu milik menerusi Skim Rumah Ibu
Skim Rumah Ibu merupakan pertama dilancarkan di Perak merupakan alternatif untuk rakyat memiliki rumah mampu milik di atas tanah yang telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri dengan kemudahan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan penduduk.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur