2025-02-08 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,8 Februari- Seramai 300 peserta menyertai Kejohanan Catur Terbuka RTM 2025 yang diadakan di Dewan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).
Kejohanan catur itu bermula pada pukul 9.00 pagi dengan dua kategori,iaitu kategori terbuka dan kategori bawah 12 tahun.
Kejohanan berkenaan merupakan kejohanan kedua terbesar selepas tahun 2018.
Ketua Penyiaran RTM,Datuk Suhaimi Sulaiman yang merasmikan kejohanan kali ini berkata,ia adalah satu peluang yang baik untuk anak-anak memanfaatkan cuti sekolah dengan mengasah bakat mereka dalam permainan catur.
"Ramai anak-anak bawah 12 tahun yang menyertai. Ini bukan sahaja sangat menggalakkan,malah ia sangat-sangat baik dan kita akan buat untuk kali ketiga pada tahun hadapan,Insya-Allah," katanya kepada wartawan di sini.
Kejohanan itu dianjurkan oleh Kelab Catur RTM di bawah Kelab Sukan Rekreasi RTM Angkasapuri.
Lebih 500 pengunjung,termasuk peserta,hadir dan memberi sokongan dalam kejohanan berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur