2025-02-08 HaiPress

Foto RTM
KUANTAN,8 Februari- Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan sempena meraikan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) ke-20 di Dewan Astana,Hotel Grand Darul Makmur,Kuantan,hari ini.
Turut mengiringi baginda,Tengku Mahkota Pahang,TengkuHassanalIbrahim Alam ShahAlSultan Abdullah Ri’ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah.
Pada majlis tersebut,baginda dipersembahkan tayangan video dan persembahan kanak-kanak TAFF berusia 5 tahun ke bawah.
Dalam majlis itu,Sultan Pahang turut mengurniakan loket kepada 26 anak yang dilahirkan hasil bantuan TAFF.
Pengurniaan loket berkenaan sebagai identiti kepada anak yang dilahirkan menerusi bantuan TAFF.
Sejak TAFF ditubuhkan pada tahun 2005,seramai 143 bayi berjaya dilahirkan membabitkan 120 pasangan pasangan bertuah melepasi syarat yang ditetapkan menerusi kaedah IVF.
Berdasarkan rekod,TAFF menerima lebih 500 permohonan sejak 2020 hingga 2024.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur