2025-02-08 HaiPress

Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto RTM
MUAR,8 Februari-Seramai 3000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memohon untuk mendapatkan diploma,menerusi Inisiatif Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL),Inisiatif Program Komuniti Tertumpu dan Inisiatif Program Kolaborasi Industri (ICP).
Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan taraf akademik anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum mereka menamatkan perkhidmatan.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,pendekatan itu dapat memastikan Veteran ATM tidak terlalu bergantung kepada pencen,untuk menyara kehidupan.
Inisiatif tersebut menampung kos pengajian,kira - kira RM6,000 bagi setiap veteran ATM,menerusi peruntukkan RM3 juta diperuntukkan Kerajaan MADANI,pada tahun ini.
Sehubungan itu,pihaknya sedang berusaha untuk menambah penglibatan bilangan veteran ATM dalam inisiatif itu.
"Di samping itu,kita nak pastikan,bahawa jurang antara veteran dapat kita kurangkan antara pekerjaan mereka supaya apabila mereka keluar,mereka terus boleh dapatkan pekerjaan yang sesuai,dan munasabah,kita tak hendak mereka bergantung kepada pencen mereka,semata-mata",katanya di sini.
Diploma tersebut dapat mengiktiraf kemahiran mereka untuk mendapatkan pekerjaan,seterusnya meningkatkan kebolehpasaran veteran ATM.
Antara Institusi Pengajian Tinggi yang bekerjasama dalam inisiatif itu,Universiti Teknologi Mara (UiTM),dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur