2025-02-08 HaiPress

Datuk Mohd Khairi Khairuddin
KUALA TERENGGANU,8 Februari- Sebanyak 1,330 kes jenayah komersial direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu sekali gus menunjukkan peningkatan jumlah kes kira-kira 7.5 peratus.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata,ia melibatkan kerugian RM42.06 juta dan sebanyak 742 tangkapan kes jenayah komersial berjaya dilakukan sepanjang tempoh tersebut.
"Walaupun Terengganu ini orang kata kadar jenayah kecil,tetapi kejadian penipuan sentiasa ada,hari-hari.
"Untuk rekod sepanjang 2024,kejadian penipuan atau jenayah komersial ini adalah sebanyak 1,330 kes. Ia melibatkan kerugian sebanyak RM42 juta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program kerjasama Polis Diraja Malaysai (PDRM) bersama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) 2025 di sini.
Setakat Januari lalu,kira-kira 153 kes jenayah komersial direkodkan dengan kerugian sebanyak RM3.79 juta.
Daripada jumlah itu,sebanyak 92 tangkapan berjaya dilakukan dan kebanyakan kes melibatkan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Seramai 45 keluarga asnaf diraikan dengan pembelian barangan keperluan sekolah dan keperluan harian daripada NGO Syukur 2.0 dan Mydin Terengganu.
Kesemua keluarga berkenaan dari Hulu Terengganu dibawa menaiki 17 kenderaan mewah ke Kuala Terengganu.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur