2025-02-08 HaiPress

Datuk Dr Dzulkefly Ahmad
BUTTERWORTH,8 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik gesaan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan untuk menangani kekurangan petugas berkenaan di negara ini.
Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kedua-dua permintaan terbabit amat penting dan inklusif dalam bidang kejururawatan negara.
Selain itu keputusan berkenaan akan mengambil semua faktor melalui libat urus sedang dilaksanakan kementerian bersama semua staf kesihatan.
"Izinkan kami melakukan semua libat urus ini dan melihat kecenderungan permintaaan dan tuntutan dari program kejururawatan. Apa yang mereka mahu sebenarnya.
"Saya sendiri maklumkan kepada kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahwa perkara ini bukan sesuatau yang sukar untuk diatasi. Doakan supaya kita mendapat satu keputusan baik khasnya untuk kebajikan jururawat kita dan yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) dan Hari Terbuka di Klinik Kesihatan Sungai Dua,di sini.
Semalam,Presiden MMA Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira berkata gesaan terbabit perlu bagi mengekalkan standard penjagaan kesihatan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dalam perkembangan lain kementerian bakal membangunkan dan menaik taraf sembilan Wellness Hub di seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM7 juta.
Dzulkefly berkata perkara itu merupakan inisiatif kerajaan bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan matlamat negara beralih daripada 'Sick Care' kepada 'Health Care',yang memfokuskan kepada pencegahan penyakit dan promosi kesihatan.
"Sembilan hab kesihatan dibina dianggarkan dengan kos kira-kira RM800,000 hingga RM1 juta untuk setiap hab berkenaan. Kita akan terus menjayakan program ANMS dengan menekankan pendekatakan kesihatan dan pangkalannya adalah Wellness Hub," katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri,Exco Belia,Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang,Daniel Gooi Zi Sen dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang,Datuk Dr Dr Fazilah Shaik Allaudin.
Wellness Hub SPU merupakan yang ke-33 dan terbesar di negara menelan perbelanjaan berjumlah RM1.19 juta.
Saringan Faktor Risiko Kesihatan,Saringan Kecergasan,Runding Cara Hidup Sihat dan Pengurusan Berat Badan (IFiTER); antara pakej yang disediakan di Wellness Hub seluruh negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur