2025-02-08 HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad / Foto BERNAMA
BUTTERWORTH,8 Februari – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM18.9 juta bagi pelaksanaan Sistem Berasaskan Awan (CCMS) di 100 buah klinik kesihatan di seluruh negara.
Menurut Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,sebagai permulaan,10 klinik kesihatan di Pulau Pinang akan dilengkapi dengan sistem berkenaan pada tahun ini.
“Sebanyak 10 klinik kesihatan di Pulau Pinang akan kita bangunkan pada tahun 2025 dan dilengkapi dengan CCMS.
“Secara keseluruhannya,sebanyak 100 buah klinik di seluruh negara akan dibangunkan berdasarkan belanjawan 2025 yang diterima oleh KKM,iaitu berjumlah RM18.9 juta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) dan Hari Terbuka di Klinik Kesihatan Sungai Dua di sini.
Tambahnya,sistem berkenaan akan memudahkan proses menunggu di fasiliti kesihatan KKM selain memanfaatkan teknologi pendigitalan.
Mengulas lanjut,Dr Dzulkefly turut memaklumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan penggunaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya pada tahun hadapan.
Terdahulu,pada Isnin lepas,Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa KKM berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu di klinik kerajaan daripada tiga jam kepada 30 minit menerusi pelaksanaan agenda transformasi digital kesihatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur