2025-02-08 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,8 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih tinggi pada minggu depan disebabkan permintaan yang berterusan untuk aset selamat seperti emas.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata pelepasan data upah bukan perladangan pada Jumaat akan menentukan trajektori emas,memandangkan pasaran sedang mengukur sama ada laluan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menjadi lebih baik atau mendatar.
Laporan pekerjaan yang lebih lemah mungkin dapat memperkuatkan jangkaan pemotongan kadar,seterusnya meningkatkan emas,manakala data yang lebih baik akan memberikan tekanan jangka pendek ke atas logam berharga itu.
“Ini bermakna,gambaran yang lebih besar masih kekal iaitu kebimbangan berkaitan dengan perang perdagangan,risiko geopolitik dan pembelian bank pusat yang akan terus menyokong emas.
Dengan 2025 dijangka menjadi tahun ketidakpastian ekonomi dan politik yang semakin meningkat,pengukuhan emas masih mempunyai sasaran pada paras US$3,000. Sekiranya tarif naik semula atau inflasi melonjak,kenaikan emas mungkin berlaku lebih cepat,” kata Innes kepada Bernama.
Dari Jumaat ke Jumaat,kontrak Februari 2025 melonjak kepada AS$2,871.50 setiap auns troy berbanding AS$2,754.10 sebelum ini.
Kontrak Mac 2025 berada pada AS$2,882.50 setiap auns troy manakala kontrak April,Mei dan Jun 2025 ditutup lebih tinggi pada AS$2,888.10 daripada AS$2,762.60 setiap auns troy.
Jumlah dagangan melonjak kepada 238 lot berbanding sifar pada minggu sebelumnya,manakala kepentingan terbuka menokok kepada 69 kontrak daripada 25.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 6 Februari,harga emas fizikal berada pada AS$2,838.95 setiap auns troy.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur