2025-02-10 HaiPress

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp,Zaidatul Zurita Abdul Rahman
JOHOR BAHRU,9 Februari- Program kitar semula secara pandu lalu di Johor Bahru hari ini,berjaya mengumpul empat tan barangan kitar semula hanya dalam tempoh sehari.
Program anjuran Yayasan Jcorp itu sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat semakin positif terhadap alam sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp,Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata,jumlah itu adalah separuh daripada keseluruhan barangan kitar semula diperolehi program,sepanjang tahun lalu iaitu lapan tan.
"Tahun lalu,kita sudah buat dan dapat 200kg. Tahun ini,kita sasar satu tan tetapi di luar jangkaan apabila kita berjaya raih empat tan hari ini.
Jadi,ini menunjukkan orang sudah semakin sedar untuk buat program macam ini untuk kitar semula," kata Zaidatul kepada pemberita,hari ini.
Program turut melibatkan pengumpulan minyak masak terpakai dan buku-buku terpakai,yang akan didermakan kepada Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur