2025-02-10 HaiPress

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR,9 Februari- Usaha memperkukuh akidah dan kefahaman agama umat Islam di Malaysia,seperti titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,akan segera dilaksanakan bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata,agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Islam negeri untuk meningkatkan usaha penyebaran agama dan memperkukuh akidah Islam.
"JAKIM akan bekerjasama lebih giat dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menganjurkan program-program Dialog Harmoni yang mempromosikan perpaduan dalam negara.
"Pada masa sama,platform Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama akan digunakan untuk memperkukuh keharmonian dan interaksi antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam," menurut kenyataan itu.
Mohd Na’im menerusi satu kenyataan sebagai menjawab titah Sultan Sharafuddin berhubung cadangan memperkenalkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri perayaan bukan Islam.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur