2025-02-10 HaiPress
Anggota JPJ menjalankan pemeriksaan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina Tahun 2025 di Plaza Tol Sungai Besi/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Februari- Sebanyak 107,014 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan kenderaan dan pemandu yang tidak mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan di seluruh negara.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Datuk Aedy Fadly Ramli,notis dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah tersebut,724 kenderaan telah disita.
"Notis JPJ 22 telah dikeluarkan atas kesalahan-kesalahan utama iaitu kesalahan paling tinggi berkaitan pelesenan kenderaan iaitu sebanyak 29,994 kesalahan,kesalahan berkaitan pelesenan pemandu adalah sebanyak 20,414 dan kesalahan berkaitan teknikal adalah sebanyak 15,610.
"Jadi jumlah kesalahan-kesalahan utama yang telah dilihat diambil tindakan oleh pihak JPJ adalah sebanyak 82,606 kesalahan",katanya dalam sidang media Majlis Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 di ibu negara.
Beliau turut memaklumkan operasi khas kali ini menunjukkan pengurangan sebanyak 100,000 pengeluaran notis saman berbanding tahun lepas.
Tambah beliau,larangan pemanduan bagi kenderaan barangan turut dilaksanakan selama empat hari,iaitu pada 27 dan 28 Januari serta 1 dan 2 Februari lepas.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur