2025-02-10 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,9 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala di Sarawak mencatatkan penurunan,setakat pukul 8.00 malam ini.
Di Sabah,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga,berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada pukul 4.00 petang tadi.
Menurut kenyataan itu,538 orang daripada 177 keluarga ditempatkan di dua PPS daerah Beaufort,275 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan manakala penduduk terjejas banjir di Membakut meningkat kepada 221 orang (74 keluarga) yang berlindung di sebuah PPS.
“Trend pemindahan penduduk terjejas banjir di Beaufort dan Kinabatangan kekal manakala di Membakut pula meningkat,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu,Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 1,570 orang,berbanding 1,877 orang petang tadi dengan 14 PPS masih lagi beroperasi.
Kenyataan itu memaklumkan 613 mangsa berlindung di empat PPS di bahagian Bintulu,603 orang ditempatkan di empat PPS bahagian Mukah dan 33 orang berada di dua PPS bahagian Sibu manakala di bahagian Miri kekal 321 orang di empat PPS.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur