2025-02-10 IDOPRESS

Op TBC 2025 oleh JPJ Negeri Selangor/ Facebook JPJ Negeri Selangor
KAJANG,10 Februari- Penunggang motosikal merekodkan kesalahan paling tinggi di Selangor dengan 1,721 kes menerusi Operasi Khas Tahun Baharu Cina yang bermula 20 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor,Azrin Borhan berkata,sebanyak 97,088 kenderaan diperiksa,namun motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak disaman melibatkan pelbagai kesalahan. Diikuti lori melebihi 7,500 kilogram sebanyak 1,378 kes dan lori kurang 7,071 kes.
"Kesalahan tertinggi ialah tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
"Laporan penguatkuasaan Op Tahun Baharu Cina sehingga 8 Februari adalah seperti tiada LKM,LKM tamat tempoh dan perlindungan insurans sebanyak 2,996. Kedua tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh sebanyak 1,590,ketiga kesalahan teknikal kenderaan yang meliputi tidak selenggara kenderaan,tayar haus,lampu brek tidak berfungsi serta cermin gelap sebanyak 4,104.
Beliau berkata demikian pada sidang media Penutup Operasi Khas Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Kajang.
Tambah beliau,sebanyak 8,242 notis saman dikeluarkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334),Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur