2025-02-10 IDOPRESS

Foto BERNAMA
PUCHONG,9 Februari- Sebanyak RM2.3 bilion kutipan levi oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) bagi tahun lepas.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan signifikan berbanding RM2.1 bilion yang dikutip pada tahun sebelumnya.
Tambah beliau,kutipan levi yang mencapai rekod tertinggi itu adalah sebahagian daripada usaha HRD Corp untuk memastikan dana yang dikumpul digunakan dengan berkesan.
"98 peratus levi telah diluluskan. Jadi,tidak timbul isu HRD Corp nak simpan levi itu,nak guna macam-macam untuk kita. Matlamat kita satu sahaja,levi yang kita kutip diguna bagi menaikkan kemahiran pekerja.
Ini bukan ditentukan oleh kerajaan,mahu pun HRD Corp,juga bukan KESUMA tetapi ditentukan oleh majikan itu sendiri," kata Steven kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran HRD Corp.
Beliau juga mengumumkan bahawa lebih RM2.27 bilion daripada RM2.3 bilion yang dikutip telah diluluskan bagi penggunaan levi,dengan peningkatan hampir 30 peratus berbanding tahun 2023.
Sebanyak 85 peratus daripada pembayaran levi telah dikembalikan kepada majikan dan penyedia latihan untuk menjalankan program latihan.
HRD Corp menyasarkan untuk mempercepatkan kelulusan geran levi kepada satu jam pada tahun ini,berbanding tujuh hari sebelum ini.
Beliau juga berhasrat untuk mengurangkan masa pembayaran levi daripada tujuh hari kepada tiga hari.
Dengan pencapaian dan sasaran baharu tersebut,HRD Corp terus berusaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan demi kepentingan negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur