2025-02-10 IDOPRESS

Foto Bernama
PASIR PUTEH,10 Februari – Kesalahan lebih muatan dan tidak memakai tali pinggang keledar mencatat jumlah saman tertinggi sepanjang Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Kelantan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan,Mohd Misuari Abdullah memaklumkan sebanyak 147 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan lebih muatan,manakala 52 saman dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal memakai tali pinggang keledar.
"Dengan kekuatan anggota seramai 106 orang dan 27 pasukan,JPJ Kelantan telah mengatur rondaan di jalan utama negeri,jalan bandar,serta kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Rondaan ini melibatkan lapan koridor," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena penutupan Operasi Khas Tahun Baharu Cina di JPJ Bukit Jawa,di sini malam tadi.
Selain itu,tujuh lagi kesalahan utama turut direkodkan,termasuk memandu melebihi had laju,tidak mematuhi isyarat lampu merah dan memotong di garisan berkembar.
Turut direkodkan ialah kesalahan memandu di lorong kecemasan,memotong barisan,menggunakan telefon bimbit semasa memandu,tidak memakai tali pinggang atau topi keledar,serta kenderaan berat di lorong laju dan membawa lebih muatan.
Tambah Mohd Misuari,sepanjang operasi yang berlangsung dari 20 Januari hingga semalam,JPJ telah menggerakkan anggota berpakaian biasa di laluan utama bagi mengekori pesalah trafik menggunakan kenderaan tanpa logo serta alat perakam.
Sebanyak 16,577 kenderaan telah diperiksa,dan 3,475 daripadanya diambil tindakan.
Dalam operasi tersebut,JPJ Kelantan turut mengeluarkan 6,434 notis kepada pengguna jalan raya,5,158 saman,485 notis arah periksa (Seksyen 61(1)),542 notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) dan 233 lain-lain notis.
Selain itu,sebanyak 26 kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,manakala lima lori turut disita di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur