2025-02-10 IDOPRESS

Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,10 Februari-Penjawat awam yang menguruskan ratusan program secara efektif menjelang kepengerusian ASEAN tahun ini telah melaksanakannya dengan baik.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persiapan Malaysia itu adalah antara yang terbaik.
Jelas Anwar,pengurusan ASEAN bukan sekadar soal kedudukan atau kebanggaan,tetapi mencerminkan kemampuan penjawat awam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
"Saya lihat umpamanya saya pun ke berpuluh negara,tahap persiapan kita,acara-acara kita itu di antara yang terbaik yang saya dapat saksikan.
"Walaupun tidak semewah,sehebat beberapa negara,tetapi tahap kecekapan,disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.
Dalam pada itu,Anwar memberi amaran bahawa lesen bazar Ramadan yang didapati dijual semula akan dibatalkan dengan segera.
Jelas Anwar,tindakan itu perlu dilaksanakan kerana setiap tahun terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual semula lesen tersebut bagi mendapatkan keuntungan dengan mudah.
"Kalau ada persatuan yang ambil berpuluh ringgit untuk pengawasan dan kebersihan,itu saya faham,tetapi dijual semula. Jadi kita kena pastikan siapa yang dapat lesen,dia kerja. Kalau dia pindahkan lesen itu,batal segera," kata Anwar lagi.
Sementara itu,Anwar berkata telah mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat disegerakan,termasukmembasmi kemiskinan tegar dan projek tebatan banjir.
Jelas Anwar,beliau telah meminta perbendaharaan memberi kelonggaran supaya ia dipercepat melalui peruntukan segera dan juga proses 'pre-queue' yang lebih cepat.
Ini terutama membabitkan projek yang melalui tender dan mengambil yang lama.
"Mengapa kita tekankan soal tender ini,kerana saya tengok kalau kita pakai rundingan ini,kita gunakan kaedah rundingan,banyak nanti ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender.
"Tapi tender itu kadang-kadang kalau proses biasa,akan mengambil masa terlalu panjang,namun orang-orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur