2025-02-10 IDOPRESS

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
MELAKA,10 Februari- Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM85.3 juta bagi kelangsungan pengurusan dan pembangunan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia merangkumi perbelanjaan,emolumen penjawat awam dan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).
Selain itu,peruntukan itu turut digunakan untuk Tadika Jabatan Agama Islam Melaka,pengurusan pensijilan halal,pembelajaran pelajar serta perbelanjaan pembangunan sekolah,masjid dan surau.
Tambahnya,kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM5.1 juta bagi skim bantuan persediaan persekolahan kepada asnaf,fakir miskin dan mualaf.
"Kita memperuntukkan RM85.3 juta untuk kita berikan bantuan kepada mereka-mereka yang telah pun dikenal pasti boleh menerima bantuan ini,bukan semua orang boleh dapat. Kita akan putuskan berdasarkan kelayakan mereka",katanya.
Dalam pada itu,beliau menegaskan lima fokus utama perlu diambil perhatian dalam memantapkan lagi pentadbiran hal ehwal agama di Melaka. Antaranya,pengagihan bantuan kepada golongan sasar dan memperkasa kebajikan sosial.
Sementara itu,kadar zakat fitrah di Melaka tahun ini ditetapkan antara RM7 hingga RM22 bagi individu.
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi pengguna beras jenis Super Special Tempatan,kadar zakat ditetapkan pada RM7,beras jenis Super Special Import (RM15) dan beras Basmathi (RM22).
"Penetapan kadar tersebut ditetapkan menerusi persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bilangan 4 2024 bagi tahun ini.
"Mesyuarat tersebut bersetuju menetapkan kadar satu gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan (Gred A) bersamaan 2.6 kilogram dan ditetapkan kepada tiga kadar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Melaka 2025 di Auditorium Masjid Al-Azim,Bukit Palah di sini.
Turut hadir,Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur