2025-02-10 IDOPRESS

Pendekatan ekonomi berasaskan sedekah berpotensi memperkasa kewangan Islam serta membina ekosistem kewangan yang lebih mampan dan lestari / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,10 Februari – Pendekatan ekonomi berasaskan sedekah berpotensi memperkasa kewangan Islam serta membina ekosistem kewangan yang lebih mampan dan lestari.
Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan Bank Islam Malaysia,Mohd Nazri Chik berkata konsep tersebut dapat mengurangkan beban kos kewangan kerana ia tidak bergantung kepada dana berbentuk deposit yang memerlukan pulangan kepada penyimpan.
"Apabila dana diperoleh melalui sumbangan seperti zakat dan wakaf,ia tidak membawa elemen kos. Jika sebelum ini kita bergantung kepada deposit yang memerlukan pulangan kepada penyimpan,sistem ini menawarkan pendekatan yang lebih lestari," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Menurut Mohd Nazri,sistem kewangan Islam ini mampu memberi impak lebih luas kepada masyarakat dengan memastikan agihan sumber kewangan lebih adil serta membantu golongan memerlukan.
Sebagai inisiatif ke arah merealisasikan konsep tersebut,Bank Islam telah menyertai Projek Hassan,sebuah projek wakaf yang dikendalikan dengan kerjasama beberapa institusi kewangan Islam bagi memperkasakan ekonomi petani miskin di seluruh negara.
Langkah tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui model kewangan Islam yang mampan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur