2025-02-11 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan/Foto PMO
PUTRAJAYA,10 Februari - Turkiye turut menzahirkan komitmen tinggi dalam membangunkan kerjasama teknologi dan pengeluaran bersama dengan Malaysia.
Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan berkata ini termasuk dalam industri penerbangan,pertahanan dan kejuruteraan.
"Turkish Aviation Industries di Malaysia kini menjadi pusat industri yang menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera muda Malaysia.
"Kita mempunyai kerjasama penting dalam pembinaan pesawat tanpa pemandu Anka-s (UAV).
"Selain itu,pembinaan kumpulan kedua Kapal Misi Littoral kini sedang dijalankan dengan kerjasama syarikat industri pertahanan kami," katanya.
Dalam sektor pendidikan pula,Turkiye telah membuat pelaburan besar dengan menempatkan hampir 340,000 pelajar antarabangsa dari lebih 190 negara di 208 universiti.
Erdogan turut menjemput lebih ramai pelajar Malaysia untuk memanfaatkan peluang pendidikan di Turkiye.
"Kami melihat hubungan pendidikan ini sebagai satu jambatan penting yang menghubungkan generasi muda Malaysia dan Turkiye.
"Oleh itu,usaha untuk membuka sekolah Yayasan Maarif Turki di Malaysia akan diteruskan," katanya.
Dalam ucapannya,Erdoğan turut memuji pencapaian Malaysia dalam diplomasi,perdagangan,kewangan dan pembuatan,serta menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
"Saya amat berharap penggal baharu ini dapat membantu dalam mengukuhkan hubungan antara Turkiye dan ASEAN. Malaysia mempunyai peranan besar dalam memastikan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini," katanya.
Beliau juga mengiktiraf Malaysia sebagai pintu masuk utama ke Asia dan menekankan kepentingan untuk mengukuhkan hubungan dalam sektor penerbangan.
"Lapangan terbang kedua terbesar kami kini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Malaysia. Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan ekonomi dan strategik antara kedua-dua negara," tambahnya.
Erdogan menutup ucapannya dengan menzahirkan rasa hormat dan penghargaan terhadap persahabatan erat antara Malaysia dan Turkiye,serta berharap hubungan dua hala ini terus berkembang dalam semua sektor utama.
Presiden Turkiye itu tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan beliau yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine,disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur