2025-02-11 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 Februari- Kerajaan menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan penguatkuasaan dilakukan secara tegas dan adil dalam memperbaiki tahap tadbir urus dan kecekapan perkhidmatan awam ke tahap lebih baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kejayaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa dan DBKL dalam merungkai isu lesen atas lesen membabitkan bazar Ramadan mesti diberi perakuan dan penghargaan yang tinggi.
"Jadi saya harap dengan pelaksanaan tegas seperti di Kuala Lumpur menjadi satu contoh pelaksanaan yang baik untuk seluruh negara. Bayangkan masih ada individu yang mengambil kesempatan ke atas peniaga lain yang ingin berniaga pada bulan Ramadhan.
"Jadi saya ucap terima kasih DBKL kerana memberikan kadar yang baik untuk peniaga yang ingin berniaga di pasar Ramadan. Namun sekiranya ada individu yang memindahkan lesen kepada individu lain,maka lesen berkenaan akan dibatalkan serta-merta," katanya.
Beliau juga menekankan bahawa perkara itu perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan bebanan lebih besar pada masa akan datang danpeniaga juga perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
FELCRA terima dividen RM28.1 juta
Pesawah terjejas banjir digesa daftar segera Skim Takaful Tanaman Padi
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu prestasi pasaran serantau
Banjir di Perlis semakin surut, hanya 331 orang di 4 PPS
Kereta junam ke sungai, tukang masak maut
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur