2025-02-11 HaiPress

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Empat Sibu,Andy Alie (tengah) / Foto RTM
MUKAH,11 Februari-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu,kini memfokuskan tumpuan kepada pemantauan kawasan terjejas serta kerja-kerja pembersihan di bangunan awam yang terkesan akibat banjir.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Empat Sibu,Andy Alie berkata,langkah ini diambil bagi memastikan kawasan-kawasan penting itu kembali selamat untuk digunakan oleh penduduk.
Jelasnya,pihaknya mmfokuskan kerja-kerja utama pembersihan di sekolah,klinik,kawasan rekreasi serta rumah-rumah ibadat.
Ujarnya,selain itu pihaknya turut melaksanakan tugas penghantaran semula penduduk-penduduk yang terjejas banjir yang sebelum ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ke kediaman masing-masing.
“Usaha ini dilakukan secara berperingkat berdasarkan keadaan semasa di kawasan yang terjejas” katanya.
Dalam pada itu,pasukan bomba turut mengagihkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk di lokasi-lokasi yang masih terputus bekalan asas.
Bantuan ini diutamakan bagi kawasan yang sukar diakses dan masih menghadapi kesulitan akibat kesan banjir.
Tambahnya,pemantauan rapi yang dilakukan pasa masa ini adalah bagi memastikan keselamatan penduduk serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keadaan cuaca berubah.
Ujar Andy lagi,orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau keadaan terkini banjir di sini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur