2025-02-11 IDOPRESS

Masjid Taman Bukit Kepayang
SEREMBAN,10 Februari- Masjid Taman Bukit Kepayang,Seremban,siap dibina dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,masjid tersebut telah siap dibina pada 31 Januari lalu.
"Alhamdulillah penyerahan Masjid Taman Bukit Kepayang yang bernilai kira-kira RM3.5 juta tepat pada waktunya kerana kira-kira 19 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.
"Maka sempat pihak kariah masjid membuat persiapan untuk sembahyang tarawih pada tahun ini di Masjid Taman Bukit Kepayang ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyerahan Masjid Taman Bukit Kepayang di sini.
Masjid tersebut boleh menampung kira-kira 360 jemaah pada satu-satu masa.
Ia turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik imam,bilik pengurusan jenazah,tempat wuduk,menara setinggi 14.5 meter serta tempat letak kereta.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur