2025-02-11 IDOPRESS

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Jambatan Menara Berkembar PETRONAS/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan bersama isteri masing-masing tiba untuk menghadiri Majlis Makan Malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) selepas mengadakan mesyuarat dua hala.
Kedua-dua pemimpin itu tiba pada pukul 5.30 petang dan diiringi Naib Presiden Kanan Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Kumpulan Petronas,Mohd Jukris Abdul Wahab serta delegasi rasmi dan pegawai kanan kerajaan sebelum majlis makan malam bermula.
Setelah selesai majlis itu,kedua-dua pemimpin mengadakan lawatanke Jambatan Menara Berkembar PETRONASdan bergambar.
Majlis Makan Malam itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Erdogan.
Terdahulu Erdogan bersama isteri dan delegasi tiba di Malaysia petang tadi untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberi sambutan rasmi di Putrajaya (PICC).
Selain itu beliau turut menyampaikan syarahan umum dan menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa dari Universiti Malaya (UM).
Lawatan kerja itu bertujuan mengukuhkan hubungan kedua-dua negara terutama selepas penaiktarafan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur