2025-02-11 IDOPRESS

Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN,10 Februari- Sambutan pelbagai perayaan di Pulau Pinang merupakan antara bukti keterbukaan kerajaan negeri dalam mengamalkan sikap toleransi sekali gus memastikan keharmonian kaum terus terpelihara.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata,beliau turut berbangga berikutan semua perayaan di negeri itu disambut pelbagai kaum malah ia turut diraikan pelancong asing.
"Pulau Pinang kini semakin terkenal sebagai negeri yang mengamalkan sikap terbuka berikutan setiap perayaan pelbagai agama disambut dengan baik.
"Keharmonian itu menjadi tarikan pelancong menerusi perayaan ikonik seperti Tahun Baharu Cina,Thaipusam,Cap Goh Mei dan lain-lain perayaan sepanjang tahun di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan akhir Thaipusam serta lawatan ke Thaneer Panthal di Jalan Utama di sini.
Dianggarkan lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong asing akan menghadiri sambutan Thaipusam di Pulau Pinang.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur