2025-02-11 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Februari- Seramai 994 orang daripada 334 keluarga terjejas banjir di Sarawak,setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Angka berkenaan tidak berubah,berbanding tengah malam tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di enam daerah negeri itu.
"Mukah menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 438 orang penduduk terjejas.
"Ini diikuti Beluru,210 orang dan Tatu,197 orang," menurut kenyataan itu.
Sementara di Sabah,angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal seramai 1,061 orang daripada 332 keluarga,setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Ia membabitkan enam PPS di negeri itu.
"Daerah terjejas adalah Beaufort dengan menempatkan 707 orang,Kinabatangan,(222 orang) dan Membakut (102 orang)," menurut kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur