2025-02-11 IDOPRESS

Perayaan Thaipusam di Labuan berlangsung dalam suasana tenang dan sederhana dengan kehadiran lebih 200 penganut Hindu berarak sejauh 1.4 kilometer dari Pantai Navy ke Kuil Thirumurugan / Foto RTM
LABUAN,11 Februari – Perayaan Thaipusam di Labuan berlangsung dalam suasana tenang dan sederhana dengan kehadiran lebih 200 penganut Hindu yang berarak sejauh 1.4 kilometer dari Pantai Navy ke Kuil Thirumurugan.
Komuniti Hindu di pulau itu mewakili kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Labuan yang melebihi 100,000 orang.
Walaupun komuniti itu kecil,sambutan tetap meriah,lebih-lebih lagi dengan penambahbaikan Kuil Thirumurugan yang telah siap dengan kos RM3.8 juta.
Penganut Hindu hadir bagi menunaikan upacara sembahyang dan menyertai perarakan membawa kavadiserta belanga susu (paal kudam) sebagai sembahan kepada Dewa Thirumurugan,yang melambangkan kebijaksanaan,kemenangan dan kekuatan dalam masyarakat Hindu.
Sambutan perayaan itu turut mencerminkan perpaduan kaum dalam kepelbagaian budaya di Labuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur