2025-02-12 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Februari- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperkasa penglibatan anggotanya,termasuk wanita,melalui pelaksanaan beberapa operasi kemanusiaan peringkat antarabangsa dan pertahanan negara.
Jelas Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari,sehingga kini ATM telah melaksanakan tiga misi kemanusiaan yang melibatkan 118 anggota wanita.
Antara misi tersebut adalah misi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya di Cox's Bazar,Bangladesh,misi bantuan mangsa gempa bumi di Turkiye,dan misi membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk menerima rawatan di Malaysia.
"Sehingga 31 Disember 2024,seramai 222 anggota wanita ATM telah berkhidmat di luar negara.
"Mereka terlibat dalam misi kemanusiaan,misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),latihan bersama negara-negara rakan strategik,serta tugasan diplomatik ketenteraan.
"Selanjutnya,seramai 85 anggota wanita turut dihantar bagi penugasan dalam Misi Pengaman PBB di Lubnan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepala Batas Dr. Siti Mastura Muhammad di Parlimen di sini.
Sehingga 31 Disember tahun lalu,seramai 9,550 anggota wanita berkhidmat dalam ATM,membabitkan Tentera Darat,Tentera Laut,dan Tentera Udara.
Dalam pada itu,Adly berkata tiada diskriminasi dalam urusan kenaikan pangkat atau perjawatan melibatkan anggota lelaki atau wanita dalam ATM.
Katanya,setiap anggota akan diberikan peluang yang sama rata untuk meningkatkan keupayaan mereka sepanjang berkhidmat.
Malah,penglibatan wanita amat tinggi dalam beberapa jawatan,antaranya dalam bidang pentadbiran serta perkhidmatan kesihatan.
"Apa yang penting,kita memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan keupayaan mereka,sama ada melalui peningkatan pengetahuan yang boleh memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas ataupun pangkat," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur