2025-02-12 HaiPress

Kerajaan akan terus memantau sebarang kenaikan tambang bas ekspres yang tidak munasabah,terutama semasa musim perayaan / Foto Hiasan / Bernama
SHAH ALAM,12 Februari – Kerajaan akan terus memantau sebarang kenaikan tambang bas ekspres yang tidak munasabah,terutama semasa musim perayaan.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke menegaskan walaupun caj tambahan sebanyak 10 peratus dibenarkan,tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar tambang secara berlebihan.
"Untuk musim perayaan,caj tambahan 10 peratus telah dibenarkan sejak berpuluh tahun lalu bagi perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
"Namun,jika terdapat kenaikan yang tidak masuk akal atau terlalu tinggi,Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya. Untuk bas ekspres biasa,kadar tambang memang dikawal dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati,kecuali bagi perkhidmatan bas eksekutif," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Hab Logistik Exio di Elmina,di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur