2025-02-12 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Februari- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah,kata penganalisis.
Pada pukul 8 pagi,ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS,daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.
Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar (DXY) turun 0.37 peratus kepada 107.922 mata apabila Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi pendirian Fed untuk tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai pengurangan kadar dasar.
“Nampaknya hala tuju keseluruhan bertujuan mengurangkan Kadar Dana Fed. Persoalannya adalah mengenai masa dan penentuan tahap akomodasi dasar itu.
“Oleh itu,ini akan menyokong ringgit sehingga tahap tertentu,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,Mohd Afzanizam berkata kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai tarif akan terus mempengaruhi sentimen pasaran memandangkan ciri pengumuman sedemikian yang cenderung mengejutkan pasaran.
Beliau berkata ketidakpastian dasar mengenai tarif akan menyebabkan pasaran mata wang,termasuk ringgit,bergerak berada dalam julat kecil.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan susut berbanding pound Sterling kepada 5.5602/5689 daripada 5.5430/5492 ketika ditutup pada Isnin,dan turun berbanding euro kepada 4.6281/6354 daripada 4.6128/6179.
Bagaimanapun,ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9233/9281 daripada 2.9352/9387.
Mata wang domestik diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.5/273.1 daripada 273.1/273.5 serta lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.69 daripada 7.69/7.70.
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.1060/1369 daripada 13.1768/1986 namun,susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3011/3067 daripada 3.3006/3048 ketika ditutup pada Isnin.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur