2025-02-12 IDOPRESS

FOTO PEJABAT DUN INDERA KAYANGAN
KANGAR,12 Februari- Lebih 1,000 masyarakat Cina di Perlis menyambut perayaan ‘Chap Goh Mei 2025’ dengan penuh kemeriahan,warna-warni,dan tradisi di hadapan Pasaraya Ten Ten,Kangar.
Menurut ADUN Indera Kayangan,Gan Ay Ling,perayaan seperti Chap Goh Mei bukan sekadar milik satu kaum,tetapi juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan dan memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
"Chap Goh Mei,yang menandakan malam ke-15 serta penutup sambutan Tahun Baru Cina,merupakan detik istimewa bagi masyarakat Tionghua.
"Ia bukan sahaja simbol kegembiraan dan kemakmuran,tetapi juga lambang keharmonian serta perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi tunjang kekuatan negeri dan negara kita," katanya.
Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang menyempurnakan simbolik perasmian Chap Goh Mei 2025.
Sambutan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan bunga api,nyanyian dan pertunjukan Chen Shi Taichi Negeri Perlis,serta beberapa persembahan kebudayaan lain yang menceriakan suasana malam bersejarah itu.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia,Chan Ming Kai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur