2025-02-12 IDOPRESS

Kerajaan tidak akan tergesa-gesa menamatkan kontrak mana-mana syarikat yang gagal menyiapkan projek kerajaan / Foto Hiasan / Bernama
KUCHING,12 Februari – Kerajaan tidak akan tergesa-gesa menamatkan kontrak mana-mana syarikat yang gagal menyiapkan projek kerajaan,sebaliknya akan mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pembatalan kontrak tanpa menilai status kemajuan projek boleh memberi implikasi kewangan kepada kerajaan.
"Tiada peraturan ketat atau kekangan yang menghalang sesuatu tindakan,kita ada budi bicara,tetapi walaupun begitu,kita tidak mahu sampai lapan kali lanjutan tempoh projek," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025 di Damai Lagoon,di sini.
Beliau menjelaskan,walaupun tiada had permohonan lanjutan tempoh projek (EOT),kontraktor dinasihatkan untuk mencari alternatif bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual.
Dalam pada itu,Nanta berkata projek sakit bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) berada pada kadar rendah,dengan hanya kurang tiga peratus setakat awal tahun ini.
Walaupun jumlah projek tidak diperincikan,ia melibatkan pembangunan pelbagai infrastruktur rakyat seperti jalan raya,hospital dan jambatan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur