2025-02-12 IDOPRESS
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan platform baharu menggunakan teknologi Metalbus atau alam semesta digital bagi memperluaskan capaian kepada pendengar / Foto Hiasan
GEORGE TOWN,12 Februari – Seiring dengan evolusi penyiaran,Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan platform baharu menggunakan teknologiMetaburst atau alam semesta bagi memperluaskan capaian kepada pendengar.
Platform itu bertujuan memastikan setiap stesen radio RTM dilengkapi keupayaan hypermedia,membolehkan penerbitan dilakukan dengan lebih mudah dan efisien.
Pengarah Bahagian Program Radio RTM,Saifuzzaman Yusop berkata RTM akan terus melaksanakan kepelbagaian jangkauan serta memperkenalkan teknologi baharu bagi mendekatkan stesen radio RTM dengan pendengar.
"Terutama bagi radio RTM,kita perlu sentiasa bertransformasi. Evolusi dan transformasi ini akan menjadikan RTM sebagai peneraju penyiaran radio di Malaysia. Tahun ini,kita akan melaksanakan platform baharu menggunakanMetaburst atau alam semesta bagi mendekatkan semua stesen RTM kepada pendengar."
"Pada masa hadapan,semua stesen radio RTM akan mempunyai kualiti hypermedia dan keupayaan penerbitan dari mana sahaja," katanya selepas segmen Bicara Bisma di konti Mutiara FM,di sini.
Tambahnya,radio RTM juga akan terus berperanan sebagai medium utama dalam menyebarkan maklumat,mendidik masyarakat,serta memberi inspirasi kepada pendengar untuk lebih prihatin terhadap isu perubahan iklim.
"Radio memainkan peranan signifikan dalam mendidik orang awam dan membuat pengumuman mengenai perubahan iklim. Sebagai medium yang dipercayai,radio mampu meningkatkan kesedaran,berkongsi pengalaman,dan memberi inspirasi kepada pendengar untuk bertindak serta bersedia menghadapi bencana pada bila-bila masa," katanya.
Sementara itu,Hari Radio Sedunia 2025 akan diraikan esok di Bukit Bendera,Pulau Pinang,dengan RTM Pulau Pinang sebagai tuan rumah.
Bertemakan "Radio dan Perubahan Iklim",sambutan kali ini menekankan peranan radio dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar dan persediaan menghadapi bencana.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur