2025-02-12 IDOPRESS

Pengerusi PAC,Datuk Mas Ermieyati Samsudin/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Februari- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan sesi pertama pendengaran awam bagi membincangkan isu peningkatan bayaran premium insurans kesihatan serta caj hospital swasta pada Jumaat ini di Pulau Pinang.
Manakala sesi kedua pula,akan diadakan di Bangunan Parlimen 21 Februari depan.
Pengerusi PAC,Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata,kedua-dua sesi berkenaan diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak yang mungkin memberi kesan kepada akses kesihatan awam.
"Pandangan akan didengari secara terbuka dan akan dimasukkan dalam laporan PAC sebelum ianya akan dibentangkan dalam Parlimen nanti.
"Selepas sesi pendengaran awam ini juga,PAC akan mengadakan prosiding secara tertutup bawah Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dengan memanggil saksi-saksi yang terdiri daripada pemegang taruh utama terdiri daripada pihak kementerian,jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan",katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Parlimen.
Pada masa sama,PAC menyambut baik langkah interim kerajaan yang mengehadkan kenaikan premium insurans,namun penyelesaian jangka masa panjang harus dikaji.
PAC juga bersedia membantu kerajaan dalam merangka reformasi penjagaan kesihatan swasta secara komprehensif melalui prosiding dengan semua pemegang taruh.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur