2025-02-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Februari- Pemasangan alat Mobile Transceiver Unit (MTU) pada bot nelayan diwajibkan bagi memenuhi komitmen negara terhadap pematuhan peraturan perikanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Arthur Joseph Kurup berkata peranti tersebut berupaya menghantar dan menerima isyarat mengenai kedudukan vesel dengan menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Seterusnya,mengelak kegiatan penangkapan ikan secara haram dan memastikan pengurusan sumber perikanan yang cekap.
Beliau berkata ketika ini terdapat tujuh syarikat pembekal alat MTU di Malaysia dengan dua daripadanya beroperasi di Sarawak dan lima syarikat beroperasi di Semenanjung.
"Harga pasaran bagi satu unit alat MTU ini adalah sekitar RM4,200 hingga RM7,300 termasuk kos pemasangan.
"DOF akan menggalakkan lebih ramai syarikat pembekal alat MTU untuk mendapatkan bukti konsep (POC) bagi membolehkan nelayan mempunyai pilihan serta mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan harga peralatan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu,Oscar Ling Chai Yew berhubung tujuan pemasangan MTU pada bot nelayan serta sebab dan cara mengatasi penolakan daripada nelayan terhadap sistem tersebut.
Alat Mobile Transceiver Unit (MTU)USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur